Friday, September 30, 2011

berakhirtapibarubermula

selamat dihijabkabulkan. tahniah untuk abang aku. akhirnya selamat mengakhirkan zaman bujang beliau.


nak tengok gambar?

tunggu eh

:)

Wednesday, September 14, 2011

macamspan

rasa minat itu datang seminit sahaja kan?
rasa suka itu datang sehari sahaja kan?

pelik. tapi itulah rasa. macam span. cepat serap.

rasa menyampah itu pun datang seminit sahaja kan?
rasa benci itu pun datang sehari sahaja kan?

aneh. tapi itulah rasa. macam span. cepat serap.

p/s : macam sedang ada "crush" dengan someone. tapi dia orang popular. nak tegur segan. sebab dia popular.
yang penting bukan mamat awal bulan 7 arituh ya. :)

kautahukauhebat

assalamualaikum. :). boleh tak sekarang aku nak cakap zaman kejatuhan aku. erk!. aku itu aku tipu. aku tengah tak tahu nak buat apa sekarang ini. semua serbi tak kena. kenapa entah aku pun tak pasti. yang pasti aku rasa macam entry-entry yang aku buat hampir bosan semuanya. kan?. perasan tak?.

esok khamis. group aku ada presentation. yang TERBAIK nya aku tak buat preparation lagi. aku relax memanjang. spoil betul. alang-alang tak ada benda nak buat. layan cerita korea lah apa lagi kan?.

Protect The Boss
The Musical

p/s: aku nak layan sangat cerita dua ini.

Friday, September 9, 2011

akucubauntukpaham

percaya tak kalau aku cakap setiap episod kehidupan kita ini adalah rahsia. ya rahsia. macam lagu They Will Kill Us All -Secret Episodes. 

tentangsemalamyangtaksudah

ok ini cerita kelmarin.semalam dan hari sebelum semalam.bohong. aku berani cakap minggu ini. worst!. why?. aku kekurangan rehat yang secukupnya. macam biasalah. tipu kalau sudah penat-penat tiada satu pun yang indahkan?. aku ulang lagi.semalam dan hari sebelum hari semalam. akhirnya aku jumpa seseorang. girlfriend. aku ada girlfriend?. memang ada pun. ramai. dan jangan terkejut.

akhirnya aku sudah jumpa tempat-tempat yang bakal aku jadikan untuk melepak. di kotaraya ini. bukan cybercafe. ayat paling mudah sekarang cc. memang taklah aku nak join-join tempat yang macam itu. entah aku rasa macam tak best. dan mungkin selepas ini aku akan kerap berjalan @ melepak di times square @ ts. sebab? aku jumpa apa yang aku jumpa. rasa seronok sangat bila tengok buku yang sangat banyak. sudah dapat point disitu?.

hadiah dari girlfriends
:)
kalau nampak dari jauh macam kek. -.-"


Sunday, September 4, 2011

assalamualaikum. selamat kembali. alhamdulillah selamat sampai akhirnya di kuala lumpur. teman-teman rapat?. mereka pulang petang nanti. jadi aku tinggal seorang. aku rasa macam nak keluar sekejap nanti.tapi tahu tak?. tadi aku kira-kira ongkos yang dibekalkan. tolak-tolak. membuatkan aku rasa untuk 4 minggu akan datang ongkos belanja aku cuma RM10.00 saja..indah kan?. apa-apa pun aku kena berjimat. nasib duit dalam bank ada lagi. cukuplah buat geli-geli. aku nak beli beg. harus beli. kalau taksakit tulang-temulang belakang aku ni.
:)

Friday, September 2, 2011

tiadayangberubah

selamat hari raya daku ucapkan. maaf. seperti tahun lalu juga. tahun ini tiada gambar raya lagi.
tema baju kali ni?. aku pilih warna coklat. sebab aku fikir mak & ayah aku berwarna sama dengan aku. tapi aku silap. cuma ayah aku sahaja yang berwarna coklat. mak pilih warna merah. abang long. dia tak beli baju raya..sibuk mungkin. jadi dia warna ungu. abang ngah aku warna hijau. adik aku warna biru. kesimpulan. berwarna-warni.

dikesempatan ini aku ingin memohon ampun dan maaf jikalau didalam entry-entry yang aku taipkan ada yang terasa atau tersinggung perasaan masa membaca. aku mintak maaf.