Showing posts with label ceritahariini. Show all posts
Showing posts with label ceritahariini. Show all posts

Tuesday, January 10, 2012

batuyangkerasitubolehlembutinikanpulahati

ramai ketika ni memperkatakan perihal Ustaz Don. kenal x? beliau ni popular kat tv alhijrah sana. tapi bukan tentang tv tuh aku nak kongsikan. tapi ini.




fikirkan. :)
masih belum terlambat lagi.

Monday, December 19, 2011

bersyukurapayangdapat

result final exam harituh dah kuar. result aku? mula2 aku fikirkan ok lah. sekali servey sana servey sini. arghhh!!! teruk rupanya. nampak sangat aku banyak main sem lepas. kan?

main - main
tak fokus
sambil lewa
ponteng kelas

haaa. padanlah muka. kan?
pe2 hal. syukur alhamdulillah semuanya LULUS. aku puas hati, kena lebih struggle next sem.
ya aku BOLEH buat.
kan?

p/s : sepanjang cuti ni aku buat senaman pipi. insyaallah naik cuti nanti pipi aku naik. :)

Sunday, December 18, 2011

bilaagaknyanaktergerak

assalamualaikum. salam pembuka bicara. bismillahhirahmannirrahim.
lepas maghrib tadi. ada hujan lebat dengan kilat sambung menyambung dekat Surau An-Nur. tempat aku. disambung lagi selepas solat isyak.

tajuk : hijrah hati

p/s : insyaallah. hati ini ALLAH yang pegang. :)

Monday, December 12, 2011

taksalahkalaubertanya

dunia ini memang luas.
terlalu besar.
tapi kalau diri sendiri tak dapat nak mencari erti sebenar hidup kat dunia ini akhirnya berpenghujung kemana?
tragis.

hidup ini memang hanya sebentar
bumi ini hanya dijadikan tempat persinggahan sementara sahaja
sebab ada ada tempat kekal disana nanti
dah tanggung kenalah jawab barulah namanya tanggungjawab.

Thursday, December 8, 2011

dalammaksuditu

aku tertanya siapa aku sebenarnya
untuk apa aku kesana
untuk apa pula aku kesini
atas tujuan apa yang aku perlu berbuat sedemikian

p/s : aku tengah cuba untuk kenal diri sendiri. sila bantu aku membuat kajian tentang ini. sekian

Monday, December 5, 2011

senangkalaunaksenang

rasa manis bila tengok sang lelaki yang tangkap cintan dulu sebelum sang wanita
lagi manis bila sang lelaki yang secara beraninya meluahkan perasaan beliau kepada sang wanita
tapi pedih bila hanya sang lelaki sahaja yang merasa cintan itu
lagi pedih bila sang wanita tersebut buat tak tahu tentang perasaan sang lelaki demikian

tolak tepi

sejak 2 hari ini. aku selalu juga layan "youtube". layan ceramah agama. by Ustaz Azhar Idrus. serius. tapi best. dengan "slang" utara beliau. aku yang duduk selatan ini pun paham.

yang part paling best yang aku dengar. tang kahwin. serius. nampak senang sangat.

banyak lagi video ceramah-ceramah beliau yang best. berkesan. rajinkan diri je tengok video tuh.

p/s : aku perlukan suami. wah???

Monday, November 28, 2011

bilarasaitubukanrasaaku

musim main game facebook.
wayang time??tunggu berduit nanti ya..:)
bersosial?? facebook ada. tapi kalau nak ajak aku keluar cakap siang-siang.
projek bersinar? alat bantu lukis aku tertinggal. kalau buat pun confirm memang aku pakai sendiri.
last but not least.aku buang jauh-jauh rasa yang aku ingat "dia" tuh "burung" aku.

p/s: aku bukan mencarut. :)

Monday, November 21, 2011

berperingkat

proses mengingat kembali. doakan aku ingat apa yang aku baca. tak apa biar termuntah sekalipun.:)

p/s : mulut cakap nak berubah tapi kalau gerak tak jalan juga kan? :)

Sunday, November 20, 2011

kalaudahmula

keluar 2.30 petang. lokasi menuju ke midvalley. tujuan. menghilangkan tension d jiwa. bertemankan ozila yem, nur shahida, eyza's zaza dan nama saya chikafujitakichi bpooh@b.

berjalan. berhenti. makan. berjalan. berjalan lagi. berhenti sekejap. tengok wayang.berlajan lagi. lalu pulang.

Thursday, November 17, 2011

usahasudah

tadi nasib tak termuntah hijau atas kertas. blank. baru masuk soalan pertama.

Wednesday, November 16, 2011

luas

berteka-teki dalam hati
mungkin sedang kenal diri sendiri
terlalu jauh menapak kesana kesini
tanda tulus untuk kenal siapa aku disisi Tuhan semesta alam ini

mungkin lelah memikirkan untuk apa
berjalak sana sini kononnya aku mampu hidup tanpa sesiapa di sisi
sampai alpa untuk apa aku di turunkan di bumi tercinta ini
ahh bodohnya aku ini untuk mengenal cinta insan sejagat  yang belum pasti
sedangkan belum tentu aku dapat sebutir cinta dari Tuhan Yang Maha Pencinta

tekun mengutip baki baki hidup
esok lusa mungkin aku akan mati
menyesalkah aku jika aku mati tiada rasa cinta insan di muka bumi
atau aku lagi menyesal jika aku tak dapat sentuhan cinta-Nya?

mengangis hanya mendengar lagu lagu yang boleh menyesatkan
sedangkan lagu lagu yang diperdengarkan dengan ayat ayat suci belum tentu dapat menangis
egonya aku
sombongnya aku
bongkaknya aku
dah terlalu jauh terpesong
tengakkanlah perjalanan
pulanglah

cinta-Nya masih luas terbentang diluar sana
mencari dan terus mencari
cari walau esok aku akan mati

Sunday, November 13, 2011

mungkinakukenamandibunga

esok balik. tiket 10.30am. mata belum nak lelap. badan dah penat. rambut basah. sebab kepala aku gatal tadi. jadi aku pergi basahkan kepala aku. tak salahkan.

exam mula khamis ni. doakan aku buat yang terbaik. doakan aku cepat jumpa jodoh. erk. bolehkan?.

mungkin lepas exam nanti cuti semester. mungkin akan ada tempahan kasut "chantek" lagi. doakan aku boleh buat tanpa penat ya. + tanpa luka juga.  :). terima kasih.


Tuesday, November 8, 2011

sendiritanggung

aku rasa macam nak muntah. muntah dengan segala bagai. bunyi macam agak kotor sikit. tapi aku bukan jenis nak muntah tahap mengeluarkan segala macam jenis yang ada dalm perut. tapi aku nak muntah dengan segala apa yang aku baca.

=.="

p/s : akibat terlalu "rajin" membacakan?. padanlah muka sendiri


Friday, November 4, 2011

pahamkansikit

sepatutnya sekarang patut mula study. final nak dekat. tak ada masa lagi untuk tengok sana-sini. awal jam tadi aku putar-putar dalam legasi "youtube". cuba mendengar lagu-lagu latest.


cuba pahamkan ayat-ayat dalam lirik tersebut.

:)

Thursday, November 3, 2011

takdirtakkemanakan?


kalau tadi aku baca entry-entry lama
sekarang aku sedang buat entry-entry baru
kalau dahulu cuma suka engkau secara suka-suka
mungkin sekarang aku suka engkau betul-betul

kalau tadi aku lapar sangat
sekarang aku rasa sangat kenyang pula
kalau dahulu aku cuma rindu engkau sikit-sikit
maybe sekarang aku rindu engkau banyak-banyak

p/s :  macam maneeeess je kan? :)

Friday, September 30, 2011

berakhirtapibarubermula

selamat dihijabkabulkan. tahniah untuk abang aku. akhirnya selamat mengakhirkan zaman bujang beliau.


nak tengok gambar?

tunggu eh

:)