Showing posts with label rekaansemata. Show all posts
Showing posts with label rekaansemata. Show all posts

Monday, November 21, 2011

berperingkat

proses mengingat kembali. doakan aku ingat apa yang aku baca. tak apa biar termuntah sekalipun.:)

p/s : mulut cakap nak berubah tapi kalau gerak tak jalan juga kan? :)

Sunday, November 20, 2011

kalaudahmula

keluar 2.30 petang. lokasi menuju ke midvalley. tujuan. menghilangkan tension d jiwa. bertemankan ozila yem, nur shahida, eyza's zaza dan nama saya chikafujitakichi bpooh@b.

berjalan. berhenti. makan. berjalan. berjalan lagi. berhenti sekejap. tengok wayang.berlajan lagi. lalu pulang.

Wednesday, November 16, 2011

luas

berteka-teki dalam hati
mungkin sedang kenal diri sendiri
terlalu jauh menapak kesana kesini
tanda tulus untuk kenal siapa aku disisi Tuhan semesta alam ini

mungkin lelah memikirkan untuk apa
berjalak sana sini kononnya aku mampu hidup tanpa sesiapa di sisi
sampai alpa untuk apa aku di turunkan di bumi tercinta ini
ahh bodohnya aku ini untuk mengenal cinta insan sejagat  yang belum pasti
sedangkan belum tentu aku dapat sebutir cinta dari Tuhan Yang Maha Pencinta

tekun mengutip baki baki hidup
esok lusa mungkin aku akan mati
menyesalkah aku jika aku mati tiada rasa cinta insan di muka bumi
atau aku lagi menyesal jika aku tak dapat sentuhan cinta-Nya?

mengangis hanya mendengar lagu lagu yang boleh menyesatkan
sedangkan lagu lagu yang diperdengarkan dengan ayat ayat suci belum tentu dapat menangis
egonya aku
sombongnya aku
bongkaknya aku
dah terlalu jauh terpesong
tengakkanlah perjalanan
pulanglah

cinta-Nya masih luas terbentang diluar sana
mencari dan terus mencari
cari walau esok aku akan mati

Sunday, November 13, 2011

mungkinakukenamandibunga

esok balik. tiket 10.30am. mata belum nak lelap. badan dah penat. rambut basah. sebab kepala aku gatal tadi. jadi aku pergi basahkan kepala aku. tak salahkan.

exam mula khamis ni. doakan aku buat yang terbaik. doakan aku cepat jumpa jodoh. erk. bolehkan?.

mungkin lepas exam nanti cuti semester. mungkin akan ada tempahan kasut "chantek" lagi. doakan aku boleh buat tanpa penat ya. + tanpa luka juga.  :). terima kasih.


Thursday, November 3, 2011

takdirtakkemanakan?


kalau tadi aku baca entry-entry lama
sekarang aku sedang buat entry-entry baru
kalau dahulu cuma suka engkau secara suka-suka
mungkin sekarang aku suka engkau betul-betul

kalau tadi aku lapar sangat
sekarang aku rasa sangat kenyang pula
kalau dahulu aku cuma rindu engkau sikit-sikit
maybe sekarang aku rindu engkau banyak-banyak

p/s :  macam maneeeess je kan? :)

Wednesday, July 27, 2011

jerebudikampungbahru

penat itu lumrah
sakit itu takdir
perjalanan itu arah
pengalaman itu sejarah

hari ini masuk 27 Julai 2011 its mean lagi brape hari je lagi nak menyambut
Ramadhan Al - Mubarak
1st time berpuasa d KL apa rasanya kan ?
^.^
mesti tkejar2 kan ngan pduduk2 KL
wah !
aku rindu RUMAH !
xnak cite pasal rumah lah nanti aku menangis ! -.-''

dah nak masuk 2 minggu aku kat KL kan macam xcaye je
BETUL ke ?
masa blalu dengan pantas dengan persekitaran yang serba-serbi laju
ahh !
macam ini rupanya IBUKOTA
penuh kesesakkan sana sini tapi entah aku dapat biasakan diri rasa macam kat area2 rumah aku jerk !
( itu bohong belaka )
pagi2 dah nampak rakyat2 KL btempiran dlam kete masing2 mrebutkan untuk cepat sampai d destinasi yang d tuju
t'culture shock ( bohong lagi ) sebentar dengan psekitaran uni yang mana dak2nya sempoi habes sesangat
rasa sendiri macam mana duk dalam kelas yang hanya kenal ngan "ciput je" manusia
PENGALAMAN tuh semuanya
kan
:)

Saturday, June 25, 2011

moodterlebihgaram

berkahwinlah kamu dengan insan yang mencintai kamu
bukan dengan insan kamu cintai
ini kerana belum tentu insan yang kamu cintai
betul2 cintai kamu
:)

Friday, June 10, 2011

kacabersurat

Tadi aku tengok 2 crita telemovie dari seberang
1 crite tentang penutupan aib
Lagi 1 crite tentang penerimaan ayat2 cinta lewat botol kaca

Persamaannya?

Kdua2 crita de unsur CINTA

Motif aku??
(Tentang penutupan aib)
Memang boleh kita nak tutup aib kita serapat2 boleh
Tapi brape kerat je yg sanggup?lagi2 mlibatkan MARUAH diri
Yg aku tengok aku lihat sekali dah terSUNGKUR dah xmampu nak BANGUN balik
Memanglah payah nak BANGKIT tapi kalau ucapan2 yg biasa denga hnya kluar dari bibir semata-mata xlama dan xkmana lah

(tentang pnerimaan ayat cinta lewat botol kaca)
still de lagi ke??
Kalau de bagus lh tapi kan ke pelik kalau dapat dari insan yg xknal
Kan?
Stalker ke??
Kalau duk rumah yg dkat ngan pantai boleh lh nak men balik2 botol kaca
Kan?

Dush!!!
Hidup ni penuh ngan keBERANGANan
Kan? Kan?
Angan2 tuh xkan kmana kalau xde usaha nak dapatkan pe yg de dalam angan2 tuh

note : aku skarang dalam DILEMA
Published with Blogger-droid v1.7.1

Tuesday, June 7, 2011

ulangtayang

dari pagi tadi aku dok kat depan pc ni
sumpah aku nak tengok cite yang buat aku tergelak !
RUNNING MAN ?
aku dah sampai ep38 yang selebihnya masih lom d tengok lagi sebab lom de sarikata
xkan nak bantai ? kalau drama bolelah aku layan
ni variety show
dh d edit bagi lawa bagi klakar kot
xpe lah tunggu je bukan susah pun
kan ? kan ?

jadi aku tengok dari ep1 lagi
kira aku ulang tayang lah
xsalah pe kan ?
:P


selamatpetangbukanpagilagi

mesti.selalu ada.kena.perlu.wajib
-.-''
?

xde cuba lah perasankan kalau tengah layan novel ke wayang ke
especially novel o wayang entang CINTA !
mesti de punya lagu2 yang berkait rapat
kan kan ?

tadi tengah dok berlegar2 kat sesawang utube tclick plak lagu atas ni
hahahaha
tengah dok denga tiba2 aku rasa pelik
pekejadahnya aku g dengar lagu2 yang berunsurkan seperti itu
-.-''
sungguh pelik rasanya
hahahahaha

btw its just a nice song
:D

tetibe bayangkan pasangan cuba nyanyikan lagu yang sebegitu
wah ! ! !
lagi2 after marriage
hahahahahaha

benggong rasanya kalau aku nak rasa sekarang
-.-''

Saturday, April 23, 2011

beginilahhidup

boleh x aku kata aku teringin nak KACAMATA kotak tersebut ?
boleh x aku kata aku teringin nak GALAXY S untuk masa akan datang ?
boleh x aku kata aku teringin nak ada JENAMA sendiri ?

weiiiiii!!!!
stop dreaming lah...hentikan semua angan2 kosong nieyh..kalau xde usaha xkemana lah wei !
kan ? kan ?
ok STOP dulu pasal 3 perkara d atas..nak abaikan pun BOLEH
:P
tinggal lagi seminggu dan aku terlalu penat ! siyes aku dah macam pekerja buruh !
kerja ! kerja ! kerja !
kalau ikut cite LABU LABI uh tuh kan mesti aku dah dok mhafal dialog ni kat atas katil
"nak cari KAYU !, nak cari KAYU !, nak cari KAYU !"
tapi aku tukar lah dialognya "nak pergi KERJA !, nak pergi KERJA !, nak pergi KERJA !"
hahahahaha..mesti sawan jap lagi..
naseb esok cuti kalau x..alamatnya KURUS KERING aku d buatnya
;(


haa...
CHOOP !!
pe yang aku nak cite skarang xtermasuk lam idea yang kat atas ni
hehehehe
tibe2 idea ni datang..aku rasa macam nak renovate balik wall bilik aku ni
act bukan renovate kasi cat ke pe
aku nak jalankan MISSION tertunggak
???
insyaallah abang aku nak kawin bulan 10 karang
so aku nak kasi naek wall "KERTAS" kat wall bilik aku
yang dulunya sangat2 macho !
tapi sangat DUKACITA kerna sebahagianya JATUH
;(
tapi nampak macam xde kena mengena abng aku kawin ngan wall bilik aku kan ?
act sebenarnya ada
ofcos lah bilik aku nanti tungggang langgang d kunjungi sanak saudara
so kesimpulanya
bilik mesti kena kasi CHANTEK betul x ?


o.o
ok berbalik pada KERJA
alhamdulillah report praktikal hampir SIAP
hehehehe
xlah rasa sangat KUSUT sangat tapi still SANGAT KUSUT gark lah
:O
hahahhaha..bengong kan aku ?

note : KASUT FLAT , SKINNY JEANS , CARDIGAN nak sangat boleh ?

Monday, April 11, 2011

sekejapjelagi

rasa macam dah dekat ngan due date ni!
haaa
-.-''
kene mula dari sekarang!!

apa ni??
xpaham lah
-.-''

nantikan saja
sesuatu yang buat anda2 yang baca entry ini sampai
TERJATUH
xkesahlah
KERUSI ke
MEJA ke
KATIL ke
yang paling best
HATI

haa
tunggu eh
skejap je
xlama
:)

Monday, February 7, 2011

tiadakatasecantikbahasa

bilakala mata sudah layu
ia bermakna sudah tiba tutupkan mata

bilakala bunga sudah layu
ia bermakna sudah tiada segarnya

bilakala senyum di bibir payah nak dipamirkan
ia bermakna semalam sang dia menangis teresak-esak

bilakala mahu saja terbang tinggi
ia bermakna sudah tiba masanya sepi tanpa khabar berita

bilakah agaknya
bila
bila
dan sampai bila

siapaakuapapulaengkau

semalam mungkin aku gembira saat kau hiburkan aku
aku gelak/ketawa tanpa pengetahuan kau
aku hebat sebab adanya engkau
engkau tahu bukan ?

aku lemah bila tiada manisan
aku mampu terjatuh walaupun engkau ada bersama
engkau tahu bukan ?

terkadang aku pelik kenapa engkau perlu ada dalam hidup aku
sedang aku tahu adanya engkau membawa sinar
tapi kenapa hari-hari aku kian kelam
engkau tahu bukan ?

terlalukembangbungaitu

terkadang aku terfikir kenapa aku jadi macam ini
kadang aku thau tiap-tiap hari aku akan diceramahi
tapi kenap aku kerap saja "masuk telinga kanan , keluar telinga kiri ? "
tak bosankah aku ?
benarkah aku tak punya perasaan ?
atau
aku memang aku seorang yang dungu ?

Saturday, January 22, 2011

patutnyabegitu

memang sekarang aku seorang
tapi xbererti aku keseorangan meniti tititian hidup
orang kata
"BERDUA LEBIH BAIK"
betul ke ?
dan aku xkata seorang tuh membosankan
tapi kadang-kadang sorang-sorang tuh best ! siyes aku xtipu !

betulkan

selalunya bila minda seseorang itu penat apa yang dia akan buat ?
selalunya bila seseorang itu sakit hati pada seseorang apa yang dia akan buat ?
selalunya bila seseorang itu resah tentang sesorang apa yang dia buat ?
apa agaknya ?
yang boleh buat dia rasa lega ?
yang boleh buat rasa tenang walaupun hanya sementara ?
1 je cara dia
tahu ?
berdamping dengan Sang Pencipta Yang Maha Mengetahui segala-Nya
:)

Thursday, January 20, 2011

bilakahlarianterakhir

kalau aku boleh terbang dah lama aku terbang
cuma sekarang aku hanya boleh berlari
berlari sejauh mungkin
supaya orang tak perasan apa yang aku lalui
aku pun tak mahu orang laen tau apa yang aku rasa
jadi aku hanya cuma boleh berlari
sebab aku nak simpan rasa ni sorang
mungkin aku tamak tentang rasa
tapi itu apa yang aku rasa jadi aku hanya boleh berlari
berlari sejauh mungkin dan kalau boleh aku dapat berlari mengelilingi dunia
aku sanggup kerana aku mahu sekembalinya aku ke tempat asal aku mahu rasa itu hilang, luput, lenyap
adanya rasa itu buat aku alpa buat aku sakit buat aku terpengaruh dengan keadaan sekeliling yang pada dasarnya boleh membunuh deria rasa aku
jadi aku hanya nak berlari dan terus berlari
:)


Wednesday, December 22, 2010

terlalumentah

aku tak tahu nak cakap apa
bukan kelu
tapi tak mampu nak di luahkan
berat rasanya

dulu aku pernah bersamanya
sampaikan aku kejam bila bersama dia
jadi aku terpaksa lepaskannya
aku takut kalau aku lebih masa bersamanya
aku mungkin lebih kejam dari biasa
aku lepaskan dia untuk mencari yang lebih baik dari aku

ya
dia sudah ada penganti aku
yang lebih baik dari aku
yang lebih mengerti tentang dia
untuk sekian kalinya aku tak memikirkan tentang dia
kerana aku juga sudah ada penganti
dan aku tak menjadi kejam dengan si dia yang baru ini
entah aku tak tahu
terlalu sayang
terlau takut
terlalu lah dalam segala-galanya

tapi kenapa dia datang lagi?
kau tahu tak aku rindu dekat kau?
jadi kenapa kau datan balik?
kau tahu tak kedatangan kau bersama dia buat aku sakit hati?
memang aku sudah ada penganti kau
tapi aku kenal kau dulu sebelum dia yang bersama aku sekarang

*entry ni jiwang tapi bukan pasal pasangan kekasih