Sunday, January 13, 2013

pusing-pusingjumpabenda

Assalamualaikum. Alhamdulillah,masih diberi kesempatan lagi untuk bernyawa serta melakukan ibadah-ibadah yang diperintah-Nya.

hei. semalam aku layan cerita hindustan, haha, setelah sekian lama aku tak melayan tv. macam tak percaya pula, aku boleh tengok cerita macam tuh. dan semacam tak percaya lagi aku pergi pasar karat malam tadi. Erk? jangan salah, selama aku membesar di JOHOR itulah kali pertama aku jejak kaki kat sana. so, perasaan? suasana dia nampak macam pasar malam,haha,macam-macam ada. dari baju ke seluar, dari kasut sehingga bear harimau!

dan dekat sini aku nak menyatakan bahasanya aku dah kurang minum air yang supeer manis dan air yang bergas mahupun minuman isotonik! Erk? Entah aku rasa macam dah xboleh nak telan dengan gayanya,haha

aku berjaya mencari kostum yang aku nak! walaupun aku tahu baju bukan keluaran baru tapi aku xpandang semua tuh, asalkan aku berjaya dapatkan. kira salah satu wishlist aku tercapai.

sampai takat ni aku tulis,kalau ada kesempatan masa, In sha Allah aku tuliskan. :)

Saturday, January 12, 2013

kembalimengejarimpian

Assalamualaikum pembuka bicara.  Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk mengerjakan ibadah-Nya. Hari ini aku nak berkongsi sedikit sahaja, tak banyak. Maaf entry yang tergantung masih tergantung, jika sudah siap pun masih difikir-fikir samada harus di"publish"kan atau tidak.

Cuti semester aku bakal berakhir,  dan seperti semester yang lepas-lepas aku kena berusaha keras bukan untuk lulus sahaja tapi untuk aku faham apa yang diajarkan kepada aku.

"nak dunia, mesti ada ilmu"
"nak akhirat, mesti ada ilmu"
"nak kedua-duanya, harus ada ilmu"

"what you give,you get back!" malah lebih-lebih lagi.

Dengan arus kemodenan sekarang,umur pun dah meningkat tua, aku kena kuatkan diri mencari pasangan. Haha, tapi serius!

Sampai sini dulu entry kali ini. In sya Allah, dikesempatan lagi akan aku coretkan cerita yang menarik. :)

Wednesday, January 9, 2013

panjanglebarakuuraikan

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan lagi. In syaa Allah, entry kali ini ada sedikit perkongsian. :)

sebenarnya dari maghrib tadi aku dah bukak entry, edit entry yang tergantung dan yes entry tuh masih lagi tergantung! mungkin dek tajuk yang aku kupas terlalu besar. tapi tak mengapa, usaha harus dilakukan sebab Allah pandang usaha bukan hasil. :)

sabtu lalu, aku merayap. yes memang aku merayap. dengan siapa? bukan itu yang aku nak sampaikan dekat sini. tapi aku nak cerita apa yang aku cari semasa sesi pemerayapan aku. heh, bahasa. Alhamdulillah aku dapat apa yang aku cari. novel. yang aku terjumpa dan aku terbaca sedikit tapi aku tak beli. itu yang aku merayap semata untuk cari novel yang aku nak.

Hero - Hilal Asyraf. novel tarbiah. best. sebab bila aku baca novel ni rasa macam tengah baca subtitle sebuah cerita superhero. teliti. penuh dengan tarbiahnya. aku rasa mesegnya sampai.

Matahari - Hilal Asyraf. koleksi cerpen. mantap. setiap satu cerpen aku baca naik meremang bulu roma. juga banyak tarbiahnya. bila aku baca setiap satu cerita bila habisnya aku terasa macam nak jadi seperti matahari - menyinari hidup orang lain,heh. tapi aku belum habis baca, walaupun sebenarnya aku beli buku ni dulu sebelum beli hero.

Murtad - fixi. belum dibuka plastiknya. In syaa Allah, akan dibaca nanti.

dan aku nak bagitahu. bila aku dah start suka pada satu penulis. sebab cerita yang disampaikan berkesan, aku akan suka dia. maksud aku pada tulisan dia. jadi ia membuatkan aku akan baca novel2/buku2 tadi banyak kali. sebab kita kena selalu ingatkan diri kita. andai kita jatuh kita kena kuat bangun. sebab Allah tak akan beri sesuatu ujian yang tak mampu untuk sesuatu umat itu pikul melainkan ujian yang umatnya boleh pikul. Alhamdulillah buat masa ini buku2/novel2 yang aku sudah pun beli ada nasihat2 yang berguna jadi aku boleh rujuk. :)

rasanya sampai sini dulu entry kali ini. dan jika ada kesempatan lagi, In syaa Allah akan dikhabarkan lagi cerita-cerita yang bakal aku kongsikan. Assalamualaikum. :)

Thursday, December 27, 2012

adayangtergendala

Assalamualaikum. Alhamdulillah. masih diberikan masa lagi.

Aku ada satu entry tersangkut. akan disegerakan selesaikan. tajuk terlalu besar. harus diperjelaskan panjang lebar. mohon teruskan menunggu.

terima kasih. :)

Saturday, December 22, 2012

Sunday, November 18, 2012

untuktigahari

Assalamualaikum. Alhamdulillah. masih diberikan waktu lagi untuk mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya. Aminnn.

untuk 3 hari. Alhamdulillah. kita sudah jejak 4 Muharram 1434H iaitu bersamaan hari Ahad, 18 November 2012.

Saudara-saudara kita di Gaza sedang diuji dengan pelbagai ujian. kita sebagai sesaudara seIslam apa yang kita boleh buat? Doa. Yes doa. kita nak berperang bersama mereka tidak mampu. yang kita mampu berdoa. dan terus berdoa. senjata bagi orang muslim ialah doa.

esok. Isnin. punya 2 paper yang harus ditempur. In Syaaa Allah boleh dilakukan.

p/s : surat menyaman dah nak sampai. Astagfirullah. Mohon dipemudahkan segala urusan.

Monday, October 15, 2012

Masamberkepuk

Assalamualaikum :)

cerita tengah petang. Nice. Lusa ada test. Nice.

Perlukan perubahan. Mungkin secara drastik. Mungkin secara lansung. Mungkin. Erti kata, in sya Allah. Satu hari nanti.

Saban hari aku dapat rasakan bawah perut aku sakit. Ini jujur + serius. Aku tak bohong. Aku nak tahu apa sebabnya? Kalau serius perlu ke hospital buat pemeriksaan beperingkat! Kalau tak aku anggap ia seperti angin lalu. Tak perlu bazir wang ringgit.

Maaf ini entry yang sekian lama disepikan bukan apa, ada hal-hal yang harus diselesaikan. Biasalah pelajar. HAHA!

Sebagai penutup entry kali ini. :)

Aku nak kongsi satu surah,dua ayat terakhir.

If the sea were ink for the words of my Lord, the sea would surely be consumed before the words of my Lord are exhausted, though We were to bring the like of that (sea) to add.I am only a mortal like you; it is revealed to me that your god is one Allah, therefore whoever hopes to meet his Lord, he should do good deeds, and not join any one in the service of his Lord.
[18:109-110]

Wednesday, October 3, 2012

Bukatutupbukadantutupkembali

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Masih diberikan nafas lag. Untuk bernyawa. Untuk meneruskan tugas-tugas sebagai hamba-Nya. Aminnnn. ^.^

Well. Entry kali ini aku tulis tanpa aku nyatakan tajuk.

p/s : ingatkan aku nanti untuk tulis tajuk.

Ok. Masuk. Alhamdulillah. Subhanaallah. Esok pagi. Dalam pukul 1030am-1230pm aku ada test. Doakan aku boleh buat sehabis baik. Aminnn. "Bila tangan nak asyik menaip, memaksa akal untuk berfikir akan ayat-ayat seterusnya." Astaghfirullah. Aku mohon untuk meminta diri dahulu. In sya Allah ada jodoh aku akan ceritakan apa yang terjadi. ^.^

Alhamdulillah. Assalamualaikum