Wednesday, January 23, 2013

siapasalahsekarang?

Assalamualaikum

nak pergi bangi! mesti naik ktm sebab tuh je lah pengakutan awam paling laju yang aku rasa. so, dah naik ktm nak pergi bangi mestilah turun dekat bangi!

Soalan?
kenapa tak cakap awal2 suruh turun UKM?
aku ni tetamu. mana aku tahu area rumah korang!
kenapa nak salahkan aku?

entry kali aku tengah marah sebab kena marah yang pokok pangkalnya aku tak reti turun station yang sepatutnya

Wednesday, January 16, 2013

soalanyangbuatkepalapening

Assalamualaikum. Alhamdulillah,masih lagi diberi nikmat nyawa lagi untuk melakukan segala ibadah-Nya. :)

Pagi!. hari ini tiada kelas. well bagi aku sangat xseronok! Erk? yela, sekolah baru buka dan hari ni xde kelas. :( skiplah pasal xda kelas ni. aku nak kongsi benda lain.

kritiria / kategori / ciri-ciri, membawa 1 makna yang sama bukan? tapi aku bukan nak cerita maksud dia! Dua hari lepas, pakcik aku bagi soalan yang xmampu aku jawab! yang xpernah aku fikirkan selama ni, kira memang xpernah terlintaslah. Soalan dia senang je. "bagitahulah kritia yang ai (nama pendek aku) nak macam mana?"

disebabkan soalan ni xde dalam mana-mana subjek yang aku ambil semester ni, ia secara xlansung membuatkan aku terdetik memikirkan jawapan bila-bila aku tengah alpa. tapi, still aku masih xjumpa bagi jawapan untuk soalan tuh!

well, sebelum tido aku akan main game dulu dekat handphone kesayangan. tapi entah kenapa lepas main game malam tadi, aku terus listkan segala kritiria yang aku nak! buat time betul-betul nak terlelap akibatnya segala yang aku taipkan hilang! nice :)

tapi bila aku teringat balik apa yang aku listkan, ada beberapa yang aku rasa xmungkin seseorang berlaku jujur pada diri sepanjang hidup dia?, soleh! Itu subjektif dia macam "cantik" tapi seseorang tuh boleh berubah sekelip mata ja kan?

aku sebenarnya xtahu yang macan mana aku nak! atas sebab aku xpernah rasa benda-benda macam ni yang secara automatisnya berhubung kait. jadi secara konklusinya aku merawak kepada jawapan aku. Seseorang yang soleh,yang akan menikahi aku dan mengawini aku serta mencintai aku kerana dia mencintai Allah.

well, aku rasa sampai sini dulu kot! if aku dah dapatkan apa yang nak / cari, aku ceritakan. :)

Sunday, January 13, 2013

pusing-pusingjumpabenda

Assalamualaikum. Alhamdulillah,masih diberi kesempatan lagi untuk bernyawa serta melakukan ibadah-ibadah yang diperintah-Nya.

hei. semalam aku layan cerita hindustan, haha, setelah sekian lama aku tak melayan tv. macam tak percaya pula, aku boleh tengok cerita macam tuh. dan semacam tak percaya lagi aku pergi pasar karat malam tadi. Erk? jangan salah, selama aku membesar di JOHOR itulah kali pertama aku jejak kaki kat sana. so, perasaan? suasana dia nampak macam pasar malam,haha,macam-macam ada. dari baju ke seluar, dari kasut sehingga bear harimau!

dan dekat sini aku nak menyatakan bahasanya aku dah kurang minum air yang supeer manis dan air yang bergas mahupun minuman isotonik! Erk? Entah aku rasa macam dah xboleh nak telan dengan gayanya,haha

aku berjaya mencari kostum yang aku nak! walaupun aku tahu baju bukan keluaran baru tapi aku xpandang semua tuh, asalkan aku berjaya dapatkan. kira salah satu wishlist aku tercapai.

sampai takat ni aku tulis,kalau ada kesempatan masa, In sha Allah aku tuliskan. :)

Saturday, January 12, 2013

kembalimengejarimpian

Assalamualaikum pembuka bicara.  Alhamdulillah masih diberi kesempatan lagi untuk mengerjakan ibadah-Nya. Hari ini aku nak berkongsi sedikit sahaja, tak banyak. Maaf entry yang tergantung masih tergantung, jika sudah siap pun masih difikir-fikir samada harus di"publish"kan atau tidak.

Cuti semester aku bakal berakhir,  dan seperti semester yang lepas-lepas aku kena berusaha keras bukan untuk lulus sahaja tapi untuk aku faham apa yang diajarkan kepada aku.

"nak dunia, mesti ada ilmu"
"nak akhirat, mesti ada ilmu"
"nak kedua-duanya, harus ada ilmu"

"what you give,you get back!" malah lebih-lebih lagi.

Dengan arus kemodenan sekarang,umur pun dah meningkat tua, aku kena kuatkan diri mencari pasangan. Haha, tapi serius!

Sampai sini dulu entry kali ini. In sya Allah, dikesempatan lagi akan aku coretkan cerita yang menarik. :)

Wednesday, January 9, 2013

panjanglebarakuuraikan

Assalamualaikum. Alhamdulillah masih diberikan kesempatan lagi. In syaa Allah, entry kali ini ada sedikit perkongsian. :)

sebenarnya dari maghrib tadi aku dah bukak entry, edit entry yang tergantung dan yes entry tuh masih lagi tergantung! mungkin dek tajuk yang aku kupas terlalu besar. tapi tak mengapa, usaha harus dilakukan sebab Allah pandang usaha bukan hasil. :)

sabtu lalu, aku merayap. yes memang aku merayap. dengan siapa? bukan itu yang aku nak sampaikan dekat sini. tapi aku nak cerita apa yang aku cari semasa sesi pemerayapan aku. heh, bahasa. Alhamdulillah aku dapat apa yang aku cari. novel. yang aku terjumpa dan aku terbaca sedikit tapi aku tak beli. itu yang aku merayap semata untuk cari novel yang aku nak.

Hero - Hilal Asyraf. novel tarbiah. best. sebab bila aku baca novel ni rasa macam tengah baca subtitle sebuah cerita superhero. teliti. penuh dengan tarbiahnya. aku rasa mesegnya sampai.

Matahari - Hilal Asyraf. koleksi cerpen. mantap. setiap satu cerpen aku baca naik meremang bulu roma. juga banyak tarbiahnya. bila aku baca setiap satu cerita bila habisnya aku terasa macam nak jadi seperti matahari - menyinari hidup orang lain,heh. tapi aku belum habis baca, walaupun sebenarnya aku beli buku ni dulu sebelum beli hero.

Murtad - fixi. belum dibuka plastiknya. In syaa Allah, akan dibaca nanti.

dan aku nak bagitahu. bila aku dah start suka pada satu penulis. sebab cerita yang disampaikan berkesan, aku akan suka dia. maksud aku pada tulisan dia. jadi ia membuatkan aku akan baca novel2/buku2 tadi banyak kali. sebab kita kena selalu ingatkan diri kita. andai kita jatuh kita kena kuat bangun. sebab Allah tak akan beri sesuatu ujian yang tak mampu untuk sesuatu umat itu pikul melainkan ujian yang umatnya boleh pikul. Alhamdulillah buat masa ini buku2/novel2 yang aku sudah pun beli ada nasihat2 yang berguna jadi aku boleh rujuk. :)

rasanya sampai sini dulu entry kali ini. dan jika ada kesempatan lagi, In syaa Allah akan dikhabarkan lagi cerita-cerita yang bakal aku kongsikan. Assalamualaikum. :)

Thursday, December 27, 2012

adayangtergendala

Assalamualaikum. Alhamdulillah. masih diberikan masa lagi.

Aku ada satu entry tersangkut. akan disegerakan selesaikan. tajuk terlalu besar. harus diperjelaskan panjang lebar. mohon teruskan menunggu.

terima kasih. :)

Saturday, December 22, 2012

Sunday, November 18, 2012

untuktigahari

Assalamualaikum. Alhamdulillah. masih diberikan waktu lagi untuk mengerjakan yang disuruh dan meninggalkan apa yang dilarang oleh-Nya. Aminnn.

untuk 3 hari. Alhamdulillah. kita sudah jejak 4 Muharram 1434H iaitu bersamaan hari Ahad, 18 November 2012.

Saudara-saudara kita di Gaza sedang diuji dengan pelbagai ujian. kita sebagai sesaudara seIslam apa yang kita boleh buat? Doa. Yes doa. kita nak berperang bersama mereka tidak mampu. yang kita mampu berdoa. dan terus berdoa. senjata bagi orang muslim ialah doa.

esok. Isnin. punya 2 paper yang harus ditempur. In Syaaa Allah boleh dilakukan.

p/s : surat menyaman dah nak sampai. Astagfirullah. Mohon dipemudahkan segala urusan.