Tuesday, February 26, 2013

Awanmendungmeragutrasa

Tengah rasa sangat malas sekarang!

Malas nak buat assignment
Malas nak buat kerja sekolah
Malas nak baca review literature
Malas nak main game
Malas nak nak buka laptop
Malas nak bangun
Malas nak bercakap
Malas nak basuh baju
Malas nak basuh pinggan
Malas nak sidai baju

Ah

Malas nak taip!

Friday, February 15, 2013

Tolong-tolongdiperlukanbantuan

Jodoh tuh memang dah ada sejak dari zaman perut mak kita lagi.
Jodoh tuh memang dekat dengan kita sebenarnya.
Jodoh tuh memang kena cari, barulah dinamakan jodoh.

Tapi aku tak pandai cari jodoh, atau aku sebenarnya yang tak nampak mana jodoh aku?

Siapa yang dah bertemu jodoh TAHNIAH! Bagi tips sikit dekat aku macam mana nak cari jodoh. ;)

Saturday, February 9, 2013

Senyap.pandang.dengar.

Assalamualaikum, Alhamdulillah masih diberikan masa lagi. Aku nak mintak maaf kalau entry sebelum ada yang pelik dengan apa yang aku publishkan. Ia sekadar penulisan sahaja, tiada yabg berkaitan dengan yang hidup atau yang telah pergi.

Sempena CNY, aku dapat cuti seminggu. Well, aku cuti bukan dengan tangan kosong tapi berisi. Ada kerja yang aku kena buat dan naik cuti nanti ada test.

So entry kali ni berkisar tentang apa ya

HIDUP

Hidup di dunia ni untuk apa?untuk siapa?

Ali Ibn Abi Talib (radiyallahu anhu) who said: "The life of this world is a home of truth for the one who is truthful in it, a home of safety for the one who understands it perfectly, and a home of richness for the one who prepares his provisions there from."

Agak kalau orang yang xberabis jujur untuk diri sendiri dia boleh dak hidup kat dunia ni yang sedia maklum penuh dengan pancoraba?

Boleh. Asalkan dia berubah untuk jadi lebih baik bukan lebih worst. Kan?
Sebab Allah dah janji : Dia tak akan ubah sesuatu kaum, kalau kaum itu sendiri taknak ubah nasib mereka.

Tapi apa yang aku tengok sekarang, most daripada kita macam dah tak menghargai apa yang Allah bagi pada kita. Semendang ja buat sesuka hati, padahal tahu buat perkara-perkara macam tuh bukan datangkan hasil lagi bertambah timbangan belah kiri lagi ada tapi still buat jugak.

Memanglah muda hanya sekali, kalau boleh nak rasa semua. Tapi beringatlah kawan, sebab masa dekat sana nanti kita akan dipertonton wayang tentang hidup kita. Masa tuh nak ulang balik kehidupan pun Allah dah tak pandang dah. Sebab Allah dah bagi banyak peluang, kita ja yang alpa dengan keseronokkan dunia

Dunia ni penuh dengan keseronokkan dunia semata-mata..

Monday, February 4, 2013

Rasatuhmenyinggahlagi

Assalamualaikum pembuka salam
Buat tanda peringatan diri
Jika ada silap tersimpan didalam
Jangan simpan didalam hati.

Sound funny right? Neverminds. Aku saja menulis pantun kali ni. Ye lah macam nak masuk seminggu aku tak tulis cerita baru kan?

Perasaan. Setiap orang ada perasaan. Bohonglah kalau ada seseorang tuh tak ada perasaan, mungkin dia ada sikit masalah dalaman kalau macam tuh yang menyebabkan dia kurang deria rasa. -.-"

Well bukan tuh aku nak sampaikan. Setiap orang ingin diri dihargai, disayangi, dibelai?(macam binatang peliharaan pula), diberi perhatian. Ini semua sangat bohong kalau aku cakap aku tak nak rasa semua perasaan ni. Aku juga manusia biasa.

Kalau kita pendam rasa suka kita pada seseorang tanpa mengungkap pada dia digelar apa? Aku lupa.

p/s:tolong bagi aku jawapannya :)

Thursday, January 31, 2013

Sampailupatajuk

Assalamualaikum, Alhamdulillah masih lagi berjaga untuk melakukan ibadah-Nya :)

Tempoh hari,Aku berjalan. Berjumpa dengan orang yang hendak dijumpa. Makan-makan & menonton wayang. :) sambil cari calon x? Hahaha.. itu aku xsempat. Sungguh, bila aku dah start berjalan aku akan tak pandang orang-orang sekeliling. Ini kebenaran. Aku tak reti nak tengok orang-orang ni, dari aku tengok orang baik aku teruskan pencarian barang- barang yang aku cari. Itu lebih menguntungkan. :) sebab kalau terlepas boleh patah balik. Tapi kalau orang kalau dah terlepas tuh susah nak dapat balik. Sekali dia dah teringkat, agak payah untuk dilepaskan mahupun melepaskan.betul tak?even ikatan tuh just temporary :)

Lupa nak cerita pasal benda baru, actually benda ni dah nak masuk seminggu :p last weekends ayah aku, entah secara tiba-tiba pergi beli handphone baru. Padahal dia masih lagi berhandphone baru. Sekali dia nak belikan untuk aku. Dengan rasa rendah diri aku menerimanya seadanya :)

Dekat PWTC ada pesta buku :) jomlah timba ilmu ;) sampai sini dulu kot aku menaip. Kering idea nak taipkan apa lagi :)

Monday, January 28, 2013

Pencarijodoh

Assalamualaikum, Alhamdulillah masih diberikan masa lagi untuk beribadah kepada Allah.

Guest what? Hari ni aku bertuah sebab dapat teman my own pakcik pergi dia punya "bakal isteri". And guest what future auntie chomel!

Teruja ni. Hahaha, sejuk mata memandang ;) pandai pakcik den cari :)

Perkongsian pakcik den hari ni Surah Yusuf Ayat 4. Kat ayat ni Nabi Yusuf bagitahu kat ayah dia yang dia bermimpi bahawa ada 11 biji bintang & matahari & bulan seolah-olah sujud kepadaku. Pakcik den cakap lagi amalkan ayat ni selepas solat kalau boleh,  supaya sesiapa yang melihat kita tenang ja. And 1 lagi, dia cakap lagi kalau minat dekat someone hembuskan ayat ni kat orang tuh :)

Sesungguhnya Allah tuh amat sweet :)
Dia Maha Pemurah, Dia adalah segala-galanya. Aku teringat kisah Nabi Muhammad, yang masa tuh pembesar arab quraisy bagi macam-macam kat baginda, and jawapan baginda simple je. "Andai diberi bulan & matahari di tangan kanan & kiri, aku akan tetap memilih bersama Allah."

Misi aku kena tetap teruskan. Usaha & doa jangan tinggal. ;)

In sya Allah sampai sini dulu. If ada kesempatan lagi akan dicoretkan lagi :)

Saturday, January 26, 2013

Jatudirituhpenting

Assalamualaikum, Salam Maulidur Rasul SAW, Alhamdulillah masih diberikan masa lagi untuk bangun dan beribadah kepada Allah, serta melakukan segala perkara-perkara yang disukai-Nya.

pakai sarung tangan ;
stokin tak tinggal ;
tudung bidang 60 ;
baju saiz XXXL ;

ok, aku teringin nak pakai semua kritria2 diatas. sungguh! aku tak pandai nak buat cerita. rasa tersentap bila semalam pak cik aku cakap apa yang dia perhatikan, padahal apa yang dia tengok cuma budak sekolah. aku jadi malu! sepatutnya aku kena lebih dari budak2 sekolah tuh. bukan kurang. :'(

perubahan tuh bukan diukur pada pakaian, tapi bila dah tahu hukum-hukum  lepas tuh tak reti nak berubah, silap besar tuh. silap percaturan. nak lakukan perubahan tuh kena lakukan dari sekarang, kena senantiasa muhasabah diri setiap masa. lagi-lagi zaman sekarang, era teknologinya terlalu tinggi jika nak dibanding dulu jika ada peluang pergi /  tengok /  dengarkan. sebab kita tak tahu bila kita akan pergi. jadi bila ada masa, cuba sibukkan diri kita mencari dan terus mencari supaya senang di kemudian hari.

Aku pun sedang mencari, kita semua sedang mencari. Yang dah selamat mencari janganlah berbesar hati dengan apa yang ada, sekali kita fikir "oh dah cukup ni!" sebenar masih banyak yang kita kena cari. Kalau kita dah mencari tapi tak berdoa pun tak guna juga. Doa tuh kan senjata orang Islam. :)

In sya Allah sampai sini dulu entry kali ni. Andai ada masa lagi akan aku coretkan lagi :)

Thursday, January 24, 2013

carik-cariksibuluayam

Assalamualaikum. Alhamdulillah, masih lagi diberikan masa lagi untuk melakukan segala ibadah-Nya. :)

mesti nak tahu kan pencarian aku berjaya atau x?hahaha..aku xsempat nak cari / usha anak teruna orang. sangat xelok namanya tuh. tapi untuk kriteria dari segi fizikal mungkin aku dah listkan tapi xmenang gaya lah kalau nak cari berdasarkan fizikal semata-mata. kan? but nobody perfect right? tapi kita kena ingat manusia ni mahlukyang paling sempurna yang Allah ciptakan, kita sebagai hambanya kena selalu bersyukur.

berbalik pada pencarian, sekali lagi aku nyatakan di sini, aku xde berkesempatan nak mencari. sebab aku xpernah lansung terfikir. sebab aku seronok lakukan sesuatu secara berseorangan except buat assignment lah! lagi-lagi yang memerlukan kerja berkumpulan.

"when you open your heart for love, love will open your mind" aku dapat those sentences malam semalam tuh pun lepas aku tengok cerekarama "Cinta Gila". betul juga apa yang diperkatakan dengan ayat tuh, tapi semua tuh akan bermula kalau aku cuba buka hati aku untuk menerima seseorang untuk kenal lebih dekat lagi kan?

Bismillah


"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
[24:26]

"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[24:31] 


"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"
[24:58] 
  
ayat-ayat dari Surah An-Nur, surat cinta dari Allah untuk hambanya :) macam terlari sedikit dari perbahasan aku nak mencari pasangan, tapi sekurang-kurangnya aku dah sedikit tenang. kira buat masa ni, aku xnak fikir dulu sebab ada perkara penting lagi yang perlu difikirkan lagi. 

sampai sini dulu entry kali ni, In sya Allah jika ada kesempatan lagi akan aku coretkan cerita yang menarik :)

Assalamualaikum.