Monday, October 15, 2012

Masamberkepuk

Assalamualaikum :)

cerita tengah petang. Nice. Lusa ada test. Nice.

Perlukan perubahan. Mungkin secara drastik. Mungkin secara lansung. Mungkin. Erti kata, in sya Allah. Satu hari nanti.

Saban hari aku dapat rasakan bawah perut aku sakit. Ini jujur + serius. Aku tak bohong. Aku nak tahu apa sebabnya? Kalau serius perlu ke hospital buat pemeriksaan beperingkat! Kalau tak aku anggap ia seperti angin lalu. Tak perlu bazir wang ringgit.

Maaf ini entry yang sekian lama disepikan bukan apa, ada hal-hal yang harus diselesaikan. Biasalah pelajar. HAHA!

Sebagai penutup entry kali ini. :)

Aku nak kongsi satu surah,dua ayat terakhir.

If the sea were ink for the words of my Lord, the sea would surely be consumed before the words of my Lord are exhausted, though We were to bring the like of that (sea) to add.I am only a mortal like you; it is revealed to me that your god is one Allah, therefore whoever hopes to meet his Lord, he should do good deeds, and not join any one in the service of his Lord.
[18:109-110]

Wednesday, October 3, 2012

Bukatutupbukadantutupkembali

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Masih diberikan nafas lag. Untuk bernyawa. Untuk meneruskan tugas-tugas sebagai hamba-Nya. Aminnnn. ^.^

Well. Entry kali ini aku tulis tanpa aku nyatakan tajuk.

p/s : ingatkan aku nanti untuk tulis tajuk.

Ok. Masuk. Alhamdulillah. Subhanaallah. Esok pagi. Dalam pukul 1030am-1230pm aku ada test. Doakan aku boleh buat sehabis baik. Aminnn. "Bila tangan nak asyik menaip, memaksa akal untuk berfikir akan ayat-ayat seterusnya." Astaghfirullah. Aku mohon untuk meminta diri dahulu. In sya Allah ada jodoh aku akan ceritakan apa yang terjadi. ^.^

Alhamdulillah. Assalamualaikum

Sunday, September 30, 2012

Merungkaiapayangpatut

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Masih sempat. Terima kasih Ya Allah :)

Tajuk. Macam susah nak terangkan dekat sini. Macam mana ya?. Bismillahirahmannirahim.

Situasi :
Bawang. If someone yang tak begitu pandai nak kupas bawang agak-agak macam mana dia nak kupas bawang tersebut even telah disediakan pisau disebelah.

Solusi :
Belajar. Kalau tak, sampai ke sudah bawang tersebut tak terkupas kan? Dan lauk untuk dimakan pun tak siap-siap. Hanya sebab seulas bawang sahaja.

Macam itu juga dengan agama. See. Dah nampak macam mana aku nak sampaikan dekat sini? Kita sebenarnya kena sedar siapa kita sebenarnya. Tak seronoklah asyik tengok sahaja tapi tak tergerak-gerak nak buat sesuatu. Betul tak?

Orang-orang selalu cakap "Hidayah belum sampai". Kalau nak tunggu hidayah sampai, time nyawa sudah betul-betul dekat tekak, belum tentu hidayah sampai. Dan sebenarnya Hidayah itu kena/harus dicari. Hidayah tak akan senang-senang datang pada kita yang kononnya hanya duduk diam tak buat apa-apa. Ingat apa Hidayah itu ada jual dekat pasaraya ke? No! Kita yang kena CARI!

Ilmu. Ada dekat mana-mana. Kita sebagai hamba kena selalu berjalan ke serata muka bumi. Dunia ini luas. Untuk siapa? Untuk diri kita sendiri. Mungkin hasilnya bukan dekat sini kita nampak, tapi disana. Allah tak perlukan kita. Tapi ingat kita yang sebenarnya yang sangat-sangat memerlukan Allah.

"Say : If the sea were ink for the words of my Lord, the sea would surely be consumed before the words of my Lord are exhausted, though We were to bring the like of that (sea) to add." [18:109]

p/s : aku juga sedang belajar. Tegur aku kalau aku ada salah. :) . Sampai sini dulu entry kali ini. Alhamdulillah. Assalamualaikum.

Friday, September 28, 2012

Jumaatnanindah

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerna masih memberikan aku masa untuk memperbentukkan, memperbetulkan diri untuk menjadi seseorang yang lebih baik lagi. In sya Allah. Aminnn.

So. Cerita hari ni. Alhamdulillah baru je selesai kelas Wireless Network untuk pagi. Syukur sangat sebab dapat belajar. Dengan dapatnya lecturer/cikgu yang best, cantik, baik dan sebagainya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah sebab kurniakan kami guru yang baik.

Tergendala sekejap.

Alhamdulillah tergendala tadi kini dapat disambung. Kelas yang sepatutnya berlansung petang hari ni terbatal lagi. Ini kerana lecturernya punya agenda. Tak mengapa. Sudah tiada rezeki nak belajar petang tadi. Percaya atau tidak sebenarnya hari ini aku banyak belajar. Belajar AGAMA. Pelik? Dari mana? Course yang aku ambil tak ada kena mengena pun. Kan? Eh. Ilmu Allah tuh luas.

"Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, merea tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta "
(Al-Furqan :73)

Berbalik pada mana belajar Agama. Dekat mana-mana ada. Ikut saluran yang betul. Dekat Youtube sana banyak rakaman-rakaman ceramah agama. Kita sahaja yang nak dan tak nak.

Kadang aku terfikir sampai bila aku nak jadi macam ini. Sama-samalah kita muhasabah diri kita sendiri. Untuk menjadi seseorang yang baik kita kena FAHAMKAN apa disebalik perkataan BAIK itu sendiri.

Rasanya entry kali ini aku tamatkan sampai di sini sahaja. Dan sekiranya punya jodoh lagi akan kucoretkan kisah-kisah disini.

Alhamdulillah. Assalamualaikum.

Tuesday, September 25, 2012

persiapanyangtakkunjungbilaberakhirnya

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah kerna diberikan hamba-Mu ini masih bernyawa lagi.

Tajuk. Kenapa ya?. Apa yang dipersiapkan?. Oh esok aku ada quiz. BI. Doakan aku agar dapat lakukan dengan sebaik mungkin. Dari selepas maghrib hingga kini study. Bukan study last minute ya!. Cuma refresh apa yang patut. Almaklum karat. Hehehe.

"KepadaMu kekasih, aku berserah"

p/s : aku baru buat tweeter. Mohon follow ya. @aishahkamsani terima kasih.

Sunday, September 23, 2012

Kegembiraandipetanghariyangtakdisangka

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Sesuai dengan tajuk. Mesti nak tahu pe yang terjadi kan?

Bismillahirahmannirahim. Sudah lama tak tempiaskan rasa-rasa yang terbuku di sanubari kat sini. :) . Maaf. Permulaan bagi entry kali ini.

Ok. Sesuai dengan tajuk. Permintaan sesuatu kepada pihak atasan diterima, akan tetapi permintaan tersebut harus ditunggu untuk beberapa purnama.

Oh ya! Sebelum terlupa sukacita hendak maklumkan akan sesuatu. Ini berkenaan dengan gajet terbaru yang aku terlalu minat.

Akan tetapi telah aku suka akan gajet yang lain. Nafsu. Manusia tak akan pernah puas. Kan?

Terima kasih kerana baca. :) . Ada jodoh akan kuceritaka episod seterusnya.

Friday, August 17, 2012

sesuatuitutakakanterlmbatsebelumtibamasanya

ramadhan will be end. SOON !. pe yang aku buat sepanjang bulan ni? sedihnya :(

aku post video ni. yang patut aku tgk before ramadhan untuk aku suntik semangat aku masa bulan ramadhan. tapi baru hari ni aku jumpa. :(









aku rasa belum terlambat lagi untuk cari + rasa + hayati apa makna sebenar Ramadhan kan?

Wednesday, July 18, 2012

pushHard


Assalamualaikum. maaf tak terperasankan jam dah masuk pukul 12. nak berkongsi rasa sahaja. tak lebih dari tuh.

tengah dalam mood membaca novel kembali. + mungkin sebenarnya novel yang sedang dibaca telah lama berada di pasaran. tak mengapalah. :)

Quartet - Saidatul Saffaa.

baru beli semalam. tinggal lagi setengah untuk ditelaahkan. menarik. ayat yang menarik perhatian
"perasaan..Allah yang bagi, hati..Allah yang pegang"


"Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas di hatinya. Dan (Ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukuplah baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang dikehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu. " [65:3]