Friday, September 28, 2012

Jumaatnanindah

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Illahi kerna masih memberikan aku masa untuk memperbentukkan, memperbetulkan diri untuk menjadi seseorang yang lebih baik lagi. In sya Allah. Aminnn.

So. Cerita hari ni. Alhamdulillah baru je selesai kelas Wireless Network untuk pagi. Syukur sangat sebab dapat belajar. Dengan dapatnya lecturer/cikgu yang best, cantik, baik dan sebagainya. Alhamdulillah. Terima kasih Ya Allah sebab kurniakan kami guru yang baik.

Tergendala sekejap.

Alhamdulillah tergendala tadi kini dapat disambung. Kelas yang sepatutnya berlansung petang hari ni terbatal lagi. Ini kerana lecturernya punya agenda. Tak mengapa. Sudah tiada rezeki nak belajar petang tadi. Percaya atau tidak sebenarnya hari ini aku banyak belajar. Belajar AGAMA. Pelik? Dari mana? Course yang aku ambil tak ada kena mengena pun. Kan? Eh. Ilmu Allah tuh luas.

"Dan orang-orang yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat Tuhan mereka, merea tidaklah menghadapinya sebagai orang-orang yang tuli dan buta "
(Al-Furqan :73)

Berbalik pada mana belajar Agama. Dekat mana-mana ada. Ikut saluran yang betul. Dekat Youtube sana banyak rakaman-rakaman ceramah agama. Kita sahaja yang nak dan tak nak.

Kadang aku terfikir sampai bila aku nak jadi macam ini. Sama-samalah kita muhasabah diri kita sendiri. Untuk menjadi seseorang yang baik kita kena FAHAMKAN apa disebalik perkataan BAIK itu sendiri.

Rasanya entry kali ini aku tamatkan sampai di sini sahaja. Dan sekiranya punya jodoh lagi akan kucoretkan kisah-kisah disini.

Alhamdulillah. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment