Sunday, September 30, 2012

Merungkaiapayangpatut

Assalamualaikum. Alhamdulillah. Masih sempat. Terima kasih Ya Allah :)

Tajuk. Macam susah nak terangkan dekat sini. Macam mana ya?. Bismillahirahmannirahim.

Situasi :
Bawang. If someone yang tak begitu pandai nak kupas bawang agak-agak macam mana dia nak kupas bawang tersebut even telah disediakan pisau disebelah.

Solusi :
Belajar. Kalau tak, sampai ke sudah bawang tersebut tak terkupas kan? Dan lauk untuk dimakan pun tak siap-siap. Hanya sebab seulas bawang sahaja.

Macam itu juga dengan agama. See. Dah nampak macam mana aku nak sampaikan dekat sini? Kita sebenarnya kena sedar siapa kita sebenarnya. Tak seronoklah asyik tengok sahaja tapi tak tergerak-gerak nak buat sesuatu. Betul tak?

Orang-orang selalu cakap "Hidayah belum sampai". Kalau nak tunggu hidayah sampai, time nyawa sudah betul-betul dekat tekak, belum tentu hidayah sampai. Dan sebenarnya Hidayah itu kena/harus dicari. Hidayah tak akan senang-senang datang pada kita yang kononnya hanya duduk diam tak buat apa-apa. Ingat apa Hidayah itu ada jual dekat pasaraya ke? No! Kita yang kena CARI!

Ilmu. Ada dekat mana-mana. Kita sebagai hamba kena selalu berjalan ke serata muka bumi. Dunia ini luas. Untuk siapa? Untuk diri kita sendiri. Mungkin hasilnya bukan dekat sini kita nampak, tapi disana. Allah tak perlukan kita. Tapi ingat kita yang sebenarnya yang sangat-sangat memerlukan Allah.

"Say : If the sea were ink for the words of my Lord, the sea would surely be consumed before the words of my Lord are exhausted, though We were to bring the like of that (sea) to add." [18:109]

p/s : aku juga sedang belajar. Tegur aku kalau aku ada salah. :) . Sampai sini dulu entry kali ini. Alhamdulillah. Assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment