Tuesday, February 26, 2013

Awanmendungmeragutrasa

Tengah rasa sangat malas sekarang!

Malas nak buat assignment
Malas nak buat kerja sekolah
Malas nak baca review literature
Malas nak main game
Malas nak nak buka laptop
Malas nak bangun
Malas nak bercakap
Malas nak basuh baju
Malas nak basuh pinggan
Malas nak sidai baju

Ah

Malas nak taip!

Friday, February 15, 2013

Tolong-tolongdiperlukanbantuan

Jodoh tuh memang dah ada sejak dari zaman perut mak kita lagi.
Jodoh tuh memang dekat dengan kita sebenarnya.
Jodoh tuh memang kena cari, barulah dinamakan jodoh.

Tapi aku tak pandai cari jodoh, atau aku sebenarnya yang tak nampak mana jodoh aku?

Siapa yang dah bertemu jodoh TAHNIAH! Bagi tips sikit dekat aku macam mana nak cari jodoh. ;)

Saturday, February 9, 2013

Senyap.pandang.dengar.

Assalamualaikum, Alhamdulillah masih diberikan masa lagi. Aku nak mintak maaf kalau entry sebelum ada yang pelik dengan apa yang aku publishkan. Ia sekadar penulisan sahaja, tiada yabg berkaitan dengan yang hidup atau yang telah pergi.

Sempena CNY, aku dapat cuti seminggu. Well, aku cuti bukan dengan tangan kosong tapi berisi. Ada kerja yang aku kena buat dan naik cuti nanti ada test.

So entry kali ni berkisar tentang apa ya

HIDUP

Hidup di dunia ni untuk apa?untuk siapa?

Ali Ibn Abi Talib (radiyallahu anhu) who said: "The life of this world is a home of truth for the one who is truthful in it, a home of safety for the one who understands it perfectly, and a home of richness for the one who prepares his provisions there from."

Agak kalau orang yang xberabis jujur untuk diri sendiri dia boleh dak hidup kat dunia ni yang sedia maklum penuh dengan pancoraba?

Boleh. Asalkan dia berubah untuk jadi lebih baik bukan lebih worst. Kan?
Sebab Allah dah janji : Dia tak akan ubah sesuatu kaum, kalau kaum itu sendiri taknak ubah nasib mereka.

Tapi apa yang aku tengok sekarang, most daripada kita macam dah tak menghargai apa yang Allah bagi pada kita. Semendang ja buat sesuka hati, padahal tahu buat perkara-perkara macam tuh bukan datangkan hasil lagi bertambah timbangan belah kiri lagi ada tapi still buat jugak.

Memanglah muda hanya sekali, kalau boleh nak rasa semua. Tapi beringatlah kawan, sebab masa dekat sana nanti kita akan dipertonton wayang tentang hidup kita. Masa tuh nak ulang balik kehidupan pun Allah dah tak pandang dah. Sebab Allah dah bagi banyak peluang, kita ja yang alpa dengan keseronokkan dunia

Dunia ni penuh dengan keseronokkan dunia semata-mata..

Monday, February 4, 2013

Rasatuhmenyinggahlagi

Assalamualaikum pembuka salam
Buat tanda peringatan diri
Jika ada silap tersimpan didalam
Jangan simpan didalam hati.

Sound funny right? Neverminds. Aku saja menulis pantun kali ni. Ye lah macam nak masuk seminggu aku tak tulis cerita baru kan?

Perasaan. Setiap orang ada perasaan. Bohonglah kalau ada seseorang tuh tak ada perasaan, mungkin dia ada sikit masalah dalaman kalau macam tuh yang menyebabkan dia kurang deria rasa. -.-"

Well bukan tuh aku nak sampaikan. Setiap orang ingin diri dihargai, disayangi, dibelai?(macam binatang peliharaan pula), diberi perhatian. Ini semua sangat bohong kalau aku cakap aku tak nak rasa semua perasaan ni. Aku juga manusia biasa.

Kalau kita pendam rasa suka kita pada seseorang tanpa mengungkap pada dia digelar apa? Aku lupa.

p/s:tolong bagi aku jawapannya :)