Sunday, August 3, 2014

-

Bila semua selesai. Erti kata lain, yang benar akan nampak sinarnya. Dan masa tuh ( nak tulis pun aku tak berani) dah semakin dekat.

Banyak lagi yang aku nak nyatakan, tapi dia macam berbalik pada aku sendiri. Lebih baik aku simpan, atau ceritakan pada orang. Sebab semuanya akan dipertanggungkan.

Sunday, December 1, 2013

Pelan-pelan kayuh.

Assalamualaikum

Kalau aku nak jadikan blog ni sebagai diari. Ini bermakna kisah hidup aku bukan rahsia lagi. Kan?

Sedia maklum manusia,suatu insan yang sangat ingin tahu. Dalam Al-Quran pun dah nyatakan. Tapi maaf aku tak boleh nak luahkan segala-galanya dekat sikit. Tudiaaaa. Bahasa menujukan bangsa.

Aku nak ke satu tahap tuh. Tapi kena bagitahu pihak atasan. Mana tahu kot-kot pihak atasan tak boleh bagi. Dah terbantutkan? Dan aku rasa untuk ke tahap lagi tinggi tuh aku kena mantapkan segala-galanya. Maksud aku "lagi banyak kita tahu sebenarnya lagi banyak kita tak tahu" so aku kena mantapkan luar dalam. Takkan tiba-tiba,karang aku nak jawab apa?kenapa macam ni?best ke?haish! Banyak sangat.

Tunggulah mungkin bukan sekarang. InsyaAllah satu hari nanti.

Saturday, November 30, 2013

Lelah.

Assalamualaikum.

Hai. Lama bukan aku dah coretkan perasaan yang berkecamuk dekat sini?

Bukan tak mahu. Tapi luahkan pada Tuhan itu lebih elok. Lebih bagus. Lebih baik.

Malam tadi berair lagi. Entah sejak dua-tiga hari ini, mata dok ralat sangat mengeluarkan air. Ya aku tahu menangis tuh melegakan.

Sekeliling buat aku rasa macam sempit. Kerja tak pernah nak jalan. Jiwa berkecamuk. Mata air asyik nak berair. Haihlah.

Tak baik mengeluh kan? Dia macam kau tak menghargai apa yang kau ada. Aku tak mengeluh. Aku luahkan apa yang aku rasa. Even sebenarnya aku tak berkata-kata.

Sunday, May 26, 2013

Kawinjom!

Assalamualaikum

:)

Berabuk dah kan? Pada yang sering singgah,terima kasih aku ucapkan.

Cuti sem dah lama mula,tapi baru sekarang aku dok canang dekat sini. Heh. Biasalah anak muda sekarang mudah lupa. Erk?

Inai. Kenapa bila sebut pasal inai orang dok kata "kawin ka?" "Xjemput pun kawin?" Erk, Astaghfirullah, nak pakai inai pun kena de sebab eh? Kalau macam tuh sebab aku nak pakai inai nanti, "kuku aku cagu doh!,takkan nak biar je busuk". Boleh?

Bila cakap pasal kawin kan,dulu kan aku selalu asyik salah eja perkataan kawin ni.

Aku : khawin  X
Cikgu : kawin  /

Nampak dekat situ?sampai sekarang aku masih rasakan apa yang aku eja tuh betul. Hehe. Sebab aku tak nampak mana salahnya. Heh.

Esok ada kenduri kawin lagi. Alhamdulillah,ramai.yg naik pelamin ;) aku je belum lagi. Haha.

Sunday, April 28, 2013

Merabanlagi

Assalamualaikum. Cuti. Ya, sekarang aku tengah cuti. Cuti belajar untuk periksa. Sampai hari mengundi aku cuti.

Pencarian aku selama ni berjaya dicari. Alhamdulillah aku dapat lengkapkan koleksi "stich's" aku. Dan seperti biasa aku ada projek dengan baju tuh.

Hei! Aku ada cakapkan dekat entry sebelum-sebelum ni yang aku memang suka betul tengok orang,esspecially perempuan muslimah. Adore sungguh kot. Sebab dengan macam mana diorang boleh berpakaian macam tuh. And guess what aku sebenarnya sangat-sangat teringin nak pakai macam mana diorang pakai. Tapi dengan koleksi jubah,tudung labuh(yang super labuh),handshock,stokin agak berkurangan ini agak mengakibatkan niat aku terbantut untuk be like them. Lagi membuatkan aku jealous,budak sekolah memengah. Serius. Macam mana diorang boleh sedangkan aku tak boleh?

Tapi,sebenarnya kita sepatutnya tak perlu ikut orang. Kalau dah pasang niat nak tutup aurat dari A sampai Z, insyaAllah Allah tolong. Tawakal tuh penting. Tarbiahkan diri tuh hari-hari sebab kita tak tahu bila kita mati. Macam mana kita mati. Tutup ke tak aurat masa kita mati. Kalau ada rezeki lebih belilah apa yang nak dipakai. Kalau tak cukup simpan sampai cukup. Kalau tak ada rezeki nak beli baju,tudung/selendang baru buat yang mana penting dulu. Baju-baju lama tuh ada. Then pakai,kalau bukan kita yang pakai nak tunggu siapa pakai? Hahaha.

Bersyukurlah dengan apa yang ada. Kalau ada jimat,jangan nak tunjuk sangat dekat orang yang kita boleh beli semua. Think before you do it. Mungkin ada yang masih belum mampu sama macam kita. So,syukut dengan apa yang ada.

Aku baru lepas baca entry lama-lama. Agak berdekah jugalah aku sampaikan cerita. Macam kanak-kanak baru pandai susun ayat. Hahaha,kutuk diri sendiri. Thump up!

Ok  aku rasa sampai sini dulu. By the way bila rasa xsedap hati baca surat cinta. Jangan nak update kat fesbuk ja. Hahaha. Ok yang baik datang dari Allah, yang buruk.datang dari aku,so kalau ada yang terkurang ke aku minta maaf. Dan sudi rasanya yang baca entry aku ni pun sama maafkan aku. Peace!

Assalamualaikum ;)

Tuesday, April 23, 2013

Bertempiaran

Assalamualaikum.

Makin hari aku makin tak ingat rasa yang macam best tuh macam mana.

GILA

Kejap lagi dah nak masuk musim periksa. Dan aku macam sedikit lost apa yang selama 6 bulan ni aku dok belajar apa.

Please. Doakan aku berjaya.

Monday, April 15, 2013

Modulpagiini

Alhamdulillah. Masih lagi diberikan masa lagi. Aminnn. ;)

Assalamualaikum.
Rasa terlalu lama aku tak merungkaikan kata-kata dekat sini. Sudah berbulan purnama aku tinggalkan medan penulisan diharap segala isi yang bakal aku tuliskab dapat dihadam isinya dengan baik  InsyaAllah.

"Segala yang baik datang dari Allah,jika ada silap mungkin dari aku" mohon diperbetulkan jika ada silap dalam aku ingin merungkaikan kata.

15/4/2013
------------

Final exam sikit hari lagi. Macam tuh juga dengan Ramadhan yang bakal menjelma :). Aku belum habis ganti lagi  Allah. Bukan lupa tapi betul terlupa.

Malam tadi sebelum lelapkan mata, aku layan ceramah kat utube. Ceramah Ustaz Haslin Baharin@Ustaz Bollywood. Actually seharian aku dok dengar ustaz tuh bagi ceramah. Tapi aku dengar dekat utube lah. ;)

Banyak perkongsian.
---------------------------
"Nak buat apa dekat dunia ni,xkisah lah apa tapi kena INGAT kita ni dekat mana?"
"Nak pakai baju ikut trend?,pakailah tapi kena INGAT,menampakkan aurat dengan sengaja atau tidak itu DOSA"

Banyak lagi yang aku nak kongsikan tapi aku terlupa. Mungkin hanya dengar sahaja. Mungkin lepas ni aku kena sedia buku & pen kalau nak dengar ceramah. Even hanya di utube sekalipun. Kan ?

InsyaAllah ada masa lagi aku ceritakan lagi perkongsian yang aku dapat :)

Monday, March 18, 2013

Alhamdulillahakhirnya

Assalamualaikum, Alhamdulillah masih lagi diberi nyawa dan masa untuk beribadat kepada-Mu

Cerita. Dah lama sangat aku tak bercerita dekat sini, bukan pendam buat pekasam tapi adatlah rutin sebagai student tak sah lah kalau tak berkejar-kejar sana sini.kesimpulannya aku memang tak ada masa nak bertaip di laptop, mujur dah muat turun siap-siap dekat handphone aplikasi blogger ni jadi senang sikit ada masa aku bertaiplah.

So, cerita mana satu dulu aku nak persembahkan?

Alhamdulillah, pakcik aku dah selamat jadi tunang orang. Aku? Hahaha.. soalan lain tak ada ke? Mesti ke aku jawab soalan ni? Tak kan?

Muhammad Adam Asyraf. Asyik nangis je bila aku balik hujung minggu ni. Bukan tak kenal aku. Tapi dia baru nak start tumbuh gigi. Kesian dia :'(

Selasa nanti aku ada lab test. Doakan aku boleh buat ya. Dan ya, aku akan pos entry ni bila ada internet. Jangan risau.

Sekian dulu kot. Assalamualaikum. :)