Tuesday, August 9, 2011

ehtakbolehcepatke

baru lepas blogwalking. baca cerita orang memang best. bila baca balik cerita aku. hampeh semacam je macam haram. kelas mula pukul 9.40 pagi. masih mandi lagi. lepas subuh terus naik bilik. buka laptop. tengah download sesuatu yang makan masa. menunggu.

petang karang de kelas mandarin. mula pukul 2.40petang. malam tadi kena bantai gelak dengan penghuni bilik bawah. katanya macam bunyi kucing mengiaw. lantaklah yang penting aku belajar menyebut.

matahari sudah naik. mungkin sekejap lagi aku mahu mandi. bersihkan badan. hari ini sudah masuk 9 hari berpuasa. semalam aku sedikit lemah. ada ganguan sedikit. melemahkan seluruh badan. naik bas pukul 9. hari ini di kampus ada Hari Kelab / Club Day. malas fikir. sebat sahaja nak masuk daerah mana. tujuan. kosong

di kampus minat tengok seorang manusia ini. tahan kacaknya. tapi sudah punya kekasih hati. jadi aku biarkan saja. nama juga minat. tapi kalau minat biasa kenapa beliau menambah aku sebagai salah seorang rakan di mukabuku ?. aduh. malas fikir. nanti makin melarat. aku tukar rasa minat yang suka sebagai suka-suka kepada suka-boleh-jadi-kawan. tolak tepi pasal itu. sesak kepala.

eh aku sudah siap mandi. maaf aku terlupa bagitahu. masa menunggu mendownload makin panjang buat aku bertambah sakit perut. aku sudah siap. tinggal sarungkan pelindung di kepala saja. ok. aku sudah siap sepenuhnya. hari ini aku tinggalkan laptop. berat mahu angkat ke kampus. downloadtan tadi macam tak mahu surut. bengang. sambung malam nanti saja. aku sudah punya assignment tertunggak. jadi aku perlu segerakan.

aku mahu turun ke bilik bawah. cukup untuk entry kali ni. selamat berjumpa lagi. assalamualaikum.


No comments:

Post a Comment