Thursday, February 16, 2012

rasanyamanmalamini

assalamualaikum.
selamat malam. terima kasih Ya ALLAH sebab berikanku lagi nyawa untuk menempuh malam ini.jadi apa khabar pembaca?moga sihat selalu disisi-Nya.

so malam ini aku nak berceloteh. memandang esok pagi aku tiada kelas cuma pukul 5.30 petang esok aku ada kelas mandarin. tapi aku bukan nak cerita pasal kelas. kita cerita lain ya. :)

Alhamdulillah. malam ini kita dikurniakan malam yang tenang lagi kan. so dengan itu aku nak kongsi sikit. nak tahu apa hobi aku yang mana aku buat secara diam-diam. tanpa pengetahuan orang. menenagis. erk!. itu hobi?. pelik bin unik. nak pelik apanya? lagi menyihatkan adalah. tak percaya? cuba pergi cari mana-mana sumber di internet dan cari tentang menangis.

kadang-kadang orang boleh menangis baca novel, tengok televisyen, dengar radio, bergurau dengan kawan, dapat masalah. tapi berapa ramai yang menangis bila baca kitab ALLAH iaitu AL-QURAN bilamana tahu akan erti tiap bait-bait ayat yang ALLAH turunkan? Subhanallah. kita sebenarnya lupa apa tugas kita dekat muka bumi ini.
yang kita tahu keseronokkan. tapi kalau kita buat apa yang disuruh dan tinggalkan apa yang dilarang-Nya. Insyaallah keseronokkan sebenar itu boleh dirasa. cubalah buat. nothing late before dead.

Subhanallah. rasanya sampai sini dulu agaknya aku berceloteh bercerita.

p/s : ingat belum terlambat lagi. jangan sampai jadi macam " The Man That Decide To Change On The 12th Dies On The 11th "

No comments:

Post a Comment