Wednesday, December 22, 2010

epal=apple

bila mahu berlari
berlarilah sepenuh hati
jangan ada perasan xsedap hati
tumpukan perhatian
kau tahu kenapa?
sebab bila kau mula fikir yang bukan-bukan kau sebenarnya bukan berlari
tetapi kau hanya memainkan peranan berlari sahaja
fikiran kau kusut memikirkan segala benda
hal itu,hal ini
sampai 1 tahap larian kau perlahan yang memungkinkan kau berjalan sepanjang masa
memang berjalan itu sehat
tapi pada awalnya niat kau untuk berlari bukan berjalan
pokok pangkalnya semua yang kita nak buat mesti dengan NIAT bukan??

macam
bila kau suka seseorang sampai 1 tahap kau tak boleh kehilangan dia
makan teringat dia
minum terbayang dia
tidur termimpi dia
mandi terfikir dia
tapi selagi kau tak cakap kau suka dekat dia
dia tahu ke kau suka kat dia
mungkin dia perasan hari-hari kau pandang dia
mungkin dia tahu kau tertunggu message atau call dari dia
tapi kalau kau tak cakap sebenar-benarnya tentang perasaan kau pada dia
dia tak boleh nak buat apa pada yang kau rasa untuk dia
sekadar pandang kau dari jauh
kau larat ke pada pandangan dia sahaja??
silap hari bulan kau kecundang
sampai kau tak mahu pandang muka dia
kejamnya kau
kau buat hati kau berdarah sampai bernanah
atas alasan tak sanggup nak lihat muka dia sebab tak dapat memilikinya
1 je sebab kau kecundang
kau mungkin berniat tapi kau tak usaha sampai dapat
kau takut pada bayang-bayang sendiri

aku bercerita
belum tentu aku faham
belum tentu aku sedar


2 comments: