mesti nak tahu kan pencarian aku berjaya atau x?hahaha..aku xsempat nak cari / usha anak teruna orang. sangat xelok namanya tuh. tapi untuk kriteria dari segi fizikal mungkin aku dah listkan tapi xmenang gaya lah kalau nak cari berdasarkan fizikal semata-mata. kan? but nobody perfect right? tapi kita kena ingat manusia ni mahlukyang paling sempurna yang Allah ciptakan, kita sebagai hambanya kena selalu bersyukur.
berbalik pada pencarian, sekali lagi aku nyatakan di sini, aku xde berkesempatan nak mencari. sebab aku xpernah lansung terfikir. sebab aku seronok lakukan sesuatu secara berseorangan except buat assignment lah! lagi-lagi yang memerlukan kerja berkumpulan.
"when you open your heart for love, love will open your mind" aku dapat those sentences malam semalam tuh pun lepas aku tengok cerekarama "Cinta Gila". betul juga apa yang diperkatakan dengan ayat tuh, tapi semua tuh akan bermula kalau aku cuba buka hati aku untuk menerima seseorang untuk kenal lebih dekat lagi kan?
"(Lazimnya) perempuan-perempuan yang jahat adalah untuk lelaki-lelaki yang jahat, dan lelaki-lelaki yang jahat untuk perempuan-perempuan yang jahat; dan (sebaliknya) perempuan-perempuan yang baik untuk lelaki-lelaki yang baik, dan lelaki-lelaki yang baik untuk perempuan-perempuan yang baik. Mereka (yang baik) itu adalah bersih dari (tuduhan buruk) yang dikatakan oleh orang-orang (yang jahat); mereka (yang baik) itu akan beroleh pengampunan (dari Allah) dan pengurniaan yang mulia."
[24:26]
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram), dan memelihara kehormatan mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka melainkan kepada suami mereka, atau bapa mereka atau bapa mertua mereka atau anak-anak mereka, atau anak-anak tiri mereka, atau saudara-saudara mereka, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki, atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atau perempuan-perempuan Islam, atau hamba-hamba mereka, atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan, atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan; dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka; dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya."
[24:31]
"Wahai orang-orang yang beriman, hendaklah hamba-hamba kamu dan orang-orang yang belum baligh dari kalangan kamu, meminta izin kepada kamu (sebelum masuk ke tempat kamu), dalam tiga masa; (iaitu) sebelum sembahyang subuh, dan ketika kamu membuka pakaian kerana kepanasan tengah hari, dan sesudah sembahyang Isyak; itulah tiga masa bagi kamu (yang biasanya terdedah aurat kamu padanya). Kamu dan mereka tidaklah bersalah kemudian daripada tiga masa yang tersebut, (kerana mereka) orang-orang yang selalu keluar masuk kepada kamu, dan kamu masing-masing sentiasa berhubung rapat antara satu dengan yang lain. Demikianlah Allah menerangkan kepada kamu ayat-ayatNya (yang menjelaskan hukum-hukumNya); dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Bijaksana"
[24:58]
ayat-ayat dari Surah An-Nur, surat cinta dari Allah untuk hambanya :) macam terlari sedikit dari perbahasan aku nak mencari pasangan, tapi sekurang-kurangnya aku dah sedikit tenang. kira buat masa ni, aku xnak fikir dulu sebab ada perkara penting lagi yang perlu difikirkan lagi.
sampai sini dulu entry kali ni, In sya Allah jika ada kesempatan lagi akan aku coretkan cerita yang menarik :)
Assalamualaikum.
No comments:
Post a Comment